Perempuan yang suci Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah Tidak sedikit pun Allah membenarkan Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya Walaupun hatinya… Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seakan melepaskan kita Kepada seorang manusia Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali
Ukhtiku, Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan… Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…
Ukthiku, Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan… Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan… Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran… Dari hidup dalam kesesatan
Kerana jangan lupa ukhtiku…
Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…
aku hanyalah insan biasa..tapi,aku ingin berkongsi cerita ini..sama2 kte renungkan..ok??...:-)
" Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak."
aku hanya insan biasa....xde apa2 yg istimewa..ada kekurangan n kelebihan..maybe aku ni bnyk kekurangn...biasa la kita x semestinya perfect..aku bnyk belajar dari kesilpan...setiap benda yang aku belajar,lihat,dengar n buat...aku jadikan suatu pengalaman dlm hidup aku...dengan pglmn n bljar dari kesilapan itulah yg mengajar aku erti kehidupan...
aku percaya...
Allah maha berkuasa, walaupun kita sebagai manusia hanya kita boleh merancang segala strategi namun Allah juga mempunyai perancanganNya yang tersendiri untuk menentukan segala ketentuan.