Ahad, 21 Jun 2009

aku hanya insan biasa

salam..

aku hanyalah insan biasa..tapi,aku ingin berkongsi cerita ini..sama2 kte renungkan..ok??...:-)

" Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim
berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu
dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai
Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat
kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia
mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan?
Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas
Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah
memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar
larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal
di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah,
apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,
sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat
yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat,
carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini
nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya,
kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan
melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta
syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut
rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih
mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu
menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana
mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau
boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai
Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api
neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba
Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak
kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air
matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah."
katanya sambil terisak-isak."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan